Friday, 22 April 2016

Pengenalan: Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T, dengan izin Nya terhasil juga blog Servis dan Baiki Komputer ini. Semoga kerja-kerja membuat dan menyelenggara blog ini dipermudahkan oleh Nya. Terima kasih saya ucapkan kepada pelawat blog Servis dan Baiki Komputer kerana sudi melawat blog ini. Blog ini merupakan hasil kerja pertama saya dalam bidang blogging walaupun sudah lama melibatkan diri dalam industri teknologi maklumat sejak dari zaman persekolahan lagi.
Blog ini dihasilkan dengan tujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang saya perolehi selama ini, terutamanya mengenai bidang kewangan, perniagaan, internet dan teknologi maklumat. Semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan anda serta meningkatkan ilmu pengetahuan anda berkaitan dengan bidang-bidang tesebut.